ROBOT AUTONOMI

1) DEFINISI
Robot autonomi ini merupakan satu kejayaan yang besar dalam bidang robotik. Melalui perkara itu dengan bantuan sistem kecerdasan buatan (AI) yang termaju, robot ini boleh menjalankan kerja dan membuat keputusan yang sendiri tanpa bantuan manusia. Di kilang yang pintar, keupayaan ini merevolusikan proses Perindustrian dan meningkatkan produktiviti, fleksibiliti serta kecekapan. Bagi menjayakan dalam inovasi persekitaran mereka robot autonomi ini dapat menggunakan gabungan kaedah AI seperti penglihatan komputer dan pembelajaran mesin. Ianya juga dapat merasakan persekitaran mereka yang baik dalam pelbagai penderia termasuk kamera dan penderia ultrasonik. Melalui robot ini boleh bergerak secara sendiri, mengelakkan halangan serta menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran mereka dengan mentafsirkan data-data deria tersebut. Dari segi keupayaan pula ianya untuk membimbing diri merupakan perkara penting dalam persekitaran industri yang dinamik dimana keadaannya yang berubah dengan cepat. Bagi keupayaan robot automi ini juga untuk menilai data dalam masa yang nyata serta membuat keputusan yang boleh mempertahankan berdasarkan analisis iaitu merupakan salah satu ciri yang membezakannya. Antara contohnya ialah mereka boleh memilih Tindakan yang paling berkesan menganalisis keadaan aktiviti mereka serta menilai potensi yang bahaya. Seterusnya, melalui pendekatan AI yang membolehkan robot belajar daripada pengalaman terdahulu serta meningkatkan prestasi mereka dari masa ke semasa yang sering digunakan untuk menyokong proses membuat keputusan ini.


2) FUNGSI TEKNOLOGI
Robot autonomi dengan penggunaan dalam teknologi digital yang dicirikan seperti automasi dan data besar dalam proses pembuatan dan operasi industri ianya sangat bergantung kepada kecerdasan buatan (AI). AI digunakan oleh robot autonomi untuk mengemudi dan mengendalikan tugas tanpa memerlukan bantuan manusia. Robot boleh memahami persekitaran mereka dan membuat pertimbangan berdasarkan maklumat yang dikumpul dengan menggunakan penderia seperti kamera dan perisian pengecaman objek, ini membolehkan mereka bergerak bebas dalam persekitaran kerja yang rumit, mengelak halangan dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Selain itu, robot ini memboleh melaksanakan tugas pemasangan dan pengendalian bahan dengan lebih berkesan dalam tetapan pengeluaran. Robot autonomi kerap berfungsi sebagai seiring dengan pekerja manusia dan bukannya beroperasi secara bebas, AI membolehkan robot berkomunikasi dengan orang dan memahami isyarat dan arahan daripada manusia. Dalam pada itu, ini membolehkan mereka mengambil alih tugas berbahaya atau menyenangkan untuk kakitangan didalam organisasi, supaya untuk menumpukan perhatian pada kerja yang lebih rumit dan luar jangkaan. Robot ini sebagai contoh, ianya boleh membantu dengan pemasangan komponen dalam sektor pembuatan, manakala pekerja manusia bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pengurusan. Selain itu, robot autonomi yang berkuasa dalam menggunakan AI ini boleh meningkatkan kualiti produk dan meyelaraskan proses, disamping itu robot boleh melihat arah aliran yang menunjukan kemungkinan isu kualiti dengan memeriksa data daripada mana-mana sumber, seperti sistem pembuatan dan mesin bagi memastikan produk memenuhi keperluan. 


(Sumber Foto Berita Harian)


3) KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI IR 4.0


i) KEBAIKAN ROBOT AUTONOMI
Robot autonomi ini mempunyai daya AI yang agak penting untuk meningkatkan produktiviti serta kecekapan merentas aliran daya daripada industri itu sendiri. Melalui preoduktiviti dam kecekapan dalam industri yang dipertingkatkan adalah salah satu kelebihan yang utama dalam robot autonomi tersebut. Robot ini juga didayakan AI adalah lebih pantas dan lebih dipercayai daripada manusia pada aktiviti berulang yang memerlukan tahap ketepatan yang tinggi. Keupayaan robot autonomi ini untuk menyelesaikan isu serta bahaya yang lebih rendah di tempat kerja adalah faedah kedua baginya. Selain itu, robot autonomi ini boleh digunakan untuk menjalankan kerja yang berisiko seperti mengendalikan bahan yang berbahaya atau beroperasi kepada ketinggian dalam industri yang berisiko tinggi seperti pembinaan atau pembuatan kimia. Seterusnya, perniagaan juga boleh menjaminkan keselamatan di tempat kerja serta melindungi pekerja mereka daripada bahaya dengan menggunakan robot. Sebagai contoh dalam konteks pembinaan, robot autonomi ini boleh digunakan untuk memantau keadaan.



(Sumber Foto Utusan Borneo)


ii) KEBURUKAN ROBOT AUTONOMI
Antara keburukan autonomi ialah ianya terdapat banyak faedah dan juga terdapat banyak kelemahan yang tertentu iaitu perlu diambil kira terutama yang berkemungkinan mempunyai kehilangan pekerjaan merupakan salah satu kelemahan yang utama menggunakan robot autonomi tersebut. Selain itu, terdapat banyak tugas yang dahulunya dilakukan oleh manusia tetapi kini boleh diselesaikan atau dilakukan oleh robot melalui automasi yang meningkat. Ini berkemungkinan menyebabkan berkurangnya tugasan dalam pekerjaan yang telah tersedia terutamanya dalam industri yang bergantung kepada buruh kasar. Seterusnya, ianya menyebabkan kehilangan pekerjaan iaitu bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi ianya juga menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang lebih meluas dan sekiranya berlakunya perkara tersebut ianya boleh menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan lalu ianya boleh mengurangkan daya tarikan dalam sektor pekerjaan tersbut. Dalam pada itu, ianya boleh menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan malah memberi kesan kenaikan harga barang atau perkhidmatan terutama untuk ekonomi negara serta pihak syarikat juga terpaksa mengurangkan pengeluaran dan juga kos pengeluaran dan akhirnya membawa kepada lebih banyak kehilangan dalam sektor pekerjaan tersebut.


4) CONTOH NEGARA YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI IR 4.0.

i) Negara Singapura : 
Negara Singapura ianya merupakan salah satu negara yang menggunakan penerapan IR 4.0 di Asia Tenggara. Negara tersebut telah melaksanakan pelbagai kelebihan bagi menstrukturkan robot autonomi dan sektor perindustrian tersebut. Melalui program “Smart Nation” di Singapura mereka berusaha bagi manfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dalam pelbagai sektor termasuk termasuk pembuatan. Antara salah satu contoh dengan penggunaan robot autonomi di Singapura adalah dalam industri pembuatan. Selain itu, antara syarikat- syarikat di Singapura seperti ST Engineering dan SIA Engineering yang telah menerima robot autonomi bagi meningkatkan proses pengeluaran tersebut serta penyelenggaraannya. Robot-robot tersebut telah dilengkapi dengan AI yang membolehkan mereka melaksanakan tugasan seperti pengendalian bahan, pemasangan dan pemeriksaan kualiti secara automatik.


ii) Negara Thailand
robot autonomi merupakan perkara penting bagi meningkatkan pengeluaran serta kecekapan dalam perindustrian tersebut. Antara contoh aplikasi robot autonomi ini di Thailand dengan melibatkan industri automatif. Seterusnya, antara syarikatnya ialah Toyota Dan Honda yang telah menggunakan robot autonomi ini dalam pengeluaran mereka serta robot itu digunakan bagi pekerjaan seperti pengendalian komponen, pengisian dan pemasangan. Melalui penggunaan robot autonomi ini syarikat tersebut dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran serta mengurangkan kos operasi tersebut. Selain itu, dalam penggunaan robot tersebut dapat membantu dalam memastikan kualiti produl yang lebih tinggi serta mengurangkan risiko kecederaan kepada pekerja. Bagi meningkatkan kecekapan tenaga kerja dengan teknologi robot, di Thailand ini telah membuat pelaburan dalam pendidikan serta latihan. Dari segi pertubuhan pendidikan dan latihan di Thailand pada masa ini ianya menyediakan robot serta program yang memfokuskan kepada automasi bagi memastikan tenaga kerja dilengkapi bagi menangani peluang dan kesukaran yang dijelaskan dalam IR 4.0.


5) CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR-SEKTOR DI MALAYSIA


Sektor Swasta : 
Dalam sektor swasta yang terutamanya Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkemungkinan mendapati sukar untuk membiayai kos tersebut manakala dari segi penyelenggaraan serta pengurusan sistem yang terperinci ini memerlukan sumber tambahan yang melibatkan latihan bagi pekerja dan penyelenggaraan yang berkala. Bagi produktiviti serta reputasi perniagaan yang boleh terjejas secara negatif oleh disebabkan gangguan daripada operasi pengeluaran yang ketara yang disebabkan oleh serangan sepert perisian tebusan dan DDoS (Distributed Denial of Service). Antara contohnya ialah serangan siber terhadap sistem pengendalian robot autonomi yang boleh menyebabkan kerosakan fizikal kepada mesin dan produk serta membahayakan keselamatan perkerja tersebut.


Sektor Kerajaan : 
Sektor awam antara cabaran yang mungkin lebih ketara kerana setiap anggaran yang sangat terhad dan keperluan bagi memenuhi pelbagai kepentingan awam. Oleh itu, kerajaan perlu merangka setiap strategi dan kelebihan untuk membantu syarikat-syarikat terutamanya Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengatasi halangan kewangan tersebut. Perkara tersebut melibatkan penyediaan bantuan kewangan, latihan dan sumber daya untuk memudahkan peralihan kepada teknologi baru.


6) GAMBARAN MASA DEPAN SELEPAS INTEGRASI DALAM IR 4.0.


Melalui sistem pengurusan yang berasaskan data, setiap syarikat dapat menjangkakan atau meramalkan permintaan serta penyesuaian bagi pengeluaran mereka dengan lebih berkesan serta mengurangkan pembaziran dam kos operasi tersebut. Dari segi kualiti produk pula, ianya yang lebih baik akan menghasilkan yang terhasil daripada gabungan IIOT serta robot autonomi. Bagi pengilang pula boleh mengenal pasti kelemahan pengeluaran dengan lebih awal dan mengambil tindakan pembetulan sebelum produknya dihantar kepada pengguna melalui penggunaan penderia pintar dengan sistem pemantauan yang berterusan. Ianya akan mengurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan pulangan produk serta meningkatkan kepuasan kepada pelanggan tersebut. Oleh itu, robot autonomi ini boleh digunakan dalam tatapan berbahaya terutama dalam sektor seperti pembuatan serta kimia tanpa menimbulkan ancaman kepada keselamatan manusia. Seterusnya, ianya dapat mengurangkan jumlah kemalangan serta menjadikan tempat kerja tersebut dengan lebih selamat ketika di tempat pekerjaan tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Share