KESELAMATAN SIBER (CYBER SECURITY)
1) DEFISINI
Keselamatan siber dalam perkara ini melibatkan pendekatan yang menyeluruh untuk melindungi sistem, rangkaian dan data saling berkait daripada akses, serangan dan kerosakan yang tidak dibenarkan. Sejumlah data yang besar dihasilkan dalam mekanisme industri 4.0 oleh pelbagai sumber, termasuk sebagai penderia,mesin, dan interaksi pengguna. Maklumat sensitif seperti identiti pelanggan, harta intelek dan proses pengeluaran sering disertakan dalam maklumat data ini. Ketersediaan, kerahsiaan dan intergriti data ini semuanya mesti dijamin oleh langkah keselamtan siber yang kukuh. Untuk melindungi daripada pelanggaran data dan akses yang tidak diingini. Selain itu, sifat yang saling berkaitan dalam industri 4.0 ialah peranti dan sistem berkomunikasi melalui rangkaian yang menjadikannya sebagai satu ancaman yang mudah terdedah kepada orang yang salah gunaannya. Keselamatan rangkaian melibatkan melindungi saluran komunikasi ini daripada ancaman seperti serangan malware, tarikan pada data dan penafian perkhidmatan. Ini boleh dicapai melalui tembok api, sistem pengesanan pencerobohan dan protokol komunikasi yang selamat untuk memastikan data yang dihantar antara peranti kekal selamat. Dalam persekitaran pembuatan pintar, ianya dapat mengesan dan menangani risiko sedemikian adalah penting. Penilaian risiko yang kerap diperlukan untuk organisasi menganalisis postur keselamatan siber mereka dan mencari kelemahan sistem dalam organisasi tersebut.
2) FUNGSI TEKNOLOGI
Oleh kerana AI boleh menganalisis sejumlah yang besar dalam data dan mengesan aktiviti luar biasa ianya penting dalam pengesanan ancaman siber. Selain itu, teknologi ini boleh mengenali potensi ancaman dengan menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk belajar daripada data yang lepas. Ianya juga membolehkan firma bertindak balas dengan pantas terhadap serangan sebelum mereka mempunyai peluang untuk melakukan lebih banyak bahaya. Sistem AI, misalnya dapat mengenal pasti penyelewengan trafik rangkaian yang mungkin menunjukkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) dan mengambil Tindakan untuk menghentikannya. Bagi potensi AI pula ianya untuk mengautomasikan proses tindak balas insiden adalah salah satu faedah utamanya dalam keselamatan siber. Tambahan pula, sistem AI secara automatiknya boleh mengambil langkah tertentu seperti mengalih keluar peranti yang terjejas daripada rangkaian atau mengubah konfigurasi tembok api untuk menghentikan akses yang tidak diingini apabila ia mengesan ancaman. Ianya juga mengakibatkan terdapat kurang masa tindak balas dan kurang potensi bahaya daripada serangan. Bagi data sensitif dikumpul dan diproses secara rutin dalam IR 4.0 yang terutamanya melalui sistem rangkaian seperti Internet of Things (IoT). Bagi AI juga mesti dilindungi daripada pencerobohan kerana ini melibatkan untuk mempertahankan model pembelajaran mesin daripada serangan musuh dan manipulasi data yang boleh mengubah kesimpulan untuk sesuatu keputusan.
Selain itu, organisasi boleh memastikan sistem AI mereka beroperasi dengan betul dan tidak terjejas daripada unsur luar dengan menggunakan strategi seperti pengesanan anomali serta pengesanan serangan. Seterusnya, AI boleh membantu dalam menganalisis risiko serta penilaian kelemahan dalam sistem. Tambahan pula, organisasi juga boleh mencari kelemahan dalam infrastruktur mereka dan mengambil tindakan untuk meningkatkan keselematan dengan menggunakan alat analisis data tersebut. Bagi memastikan sistem sentiasa selamat daripada ancaman baharu ianya melibatkan dalam melakukan ujian penembusan yang kerap dan menganalisis kelemahannya AI juga dapat juga digunakan untuk membangunkan latihan dan simulasi yang mengajar kakitangan tentang ancaman siber serta dengan cara mempertahankannya. Selanjutnya ialah para pekerja boleh belajar mengenali penunjuk amaran serangan dan bertindak balas dengan lebih mahir dalam senario dunia sebenar.
3) KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI IR 4.0
KEBAIKAN DALAM SEKURITI
Dalam era digital semasa, melalui kecerdasan buatan (AI) ianya telah muncul sebagai salah satu ciptaan paling penting yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelbagai industri termasuk perniagaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Walau bagaimanapun, apabila AI yang digunakan semakin banyak, risiko siber juga semakin meningkat. Oleh itu, adalah penting untuk memasukkan keselamatan siber ke dalam sistem AI bagi melindungi data serta menjamin operasi yang selamat. Melalui perlindungan data yang sensitif adalah salah satu faedah utama dalam kumpulan keselamatan siber dengan AI. Perlindungan data adalah amat penting dalam dunia dimana maklumat kewangan dan peribadi menjadi semakin berharga. Dalam pada itu, keselamatan siber dapat membantu dalam menghalang akses yang tidak diingini kepada data yang digunakan dalam model AI, seperti rahsia perdagangan dan maklumat pengguna. Adalah penting untuk menggunakan langkah seperti penyulitan data, yang menyulitkan maklumat supaya hanya mereka yang mempunyai kebenaran boleh mengakseskannya, apabila data disulitkan adalah mustahil bagi sesiapa untuk membaca tanpa kunci penyahsulitan yang betul, walaupun ia dicuri. Selain itu, ini menambahkan satu lagi tahap perlindungan supaya dapat melindungi sesebuah organisasi daripada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran data.
KEBURUKAN SIBER SEKURITI
Terdapat banyak faedah untuk kesepaduan keselamatan siber dengan kecerdasan buatan (AI) dan juga ianya terdapat kelemahan serta kesukaran tertentu yang mesti ditangani. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi adalah salah satu kelemahan utama dalam menggunakan keselamatan siber dalam AI. Ianya juga memerlukan pelaburan yang besar dalam perisian, perkakasan dan sumber manusia untuk melaksanakan langkah keselamatan yang berkesan. Seterusnya, ianya menggajikan pakar keselamatan siber, melatih pekerja dan membeli perisian keselamatan semuanya yang memerlukan pelaburan kewangan daripada organisasi. Terdapat banyak perniagaan yang terutamanya perniagaan kecildan sederhana yang mungkin mendapati perbelanjaan ini yang sangat membebankan. Mereka yang mungkin tidak mampu untuk melaksanakan langkah keselamatan yang diperlukan. Ianya menjadikan mereka terbuka kepada serangan dalam talian. Sistem AI yang menggabungkan keselamatan siber mungkin menjadi lebih rumit serta menjadikan pengurusan serta pemeliharaan yang mencabar. Antara kesilapan manusia yang mungkin disebabkan oleh masa dan usaha yang diperlukan untuk mengendalikan sistem yang lebih rumit. Sebagai contoh, pengurusan langkah keselamatan yang tidak betul boleh menggangu operasi harian dan juga melalui sistem yang kompleks atau terhad ianya boleh mencabar pekerja untuk mengemudi yang boleh menurunkan produktiviti dan meningkatkan kemungkinan kesilapan.
4) CONTOH NEGARA YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI IR 4.0.
i) Negara Singapura :
Bagi mengenai penggunaan teknologi IR 4.0 dan keselamatan siber, di negara Singapura adalah merupakan antara negara teratas dalam ASEAN. Negara yang telah mencipta beberapa program untuk menjamin keselamatan siber yang teguh dalam persekitaran industri yang semakin digital. Melalui Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) yang diasaskan di Singapura dan bertanggungjawap menjaga infrastruktur yang penting negara. Bagi penyelerasan inisiatif keselamatan siber dalam kalangan industri, kerajaan serta masyarakat adalah fokus utama kepada CSA. Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan siber dan mereka juga menjalankan beberapa insiatif pada pendidikan dan kesedaran. Selain itu, di negara Singapura menggunakan AI untuk memantau trafik rangkaian serta menganalisis data dalam rangka kerja IR 4.0. Dalam teknologi AI berkemungkinan bagi mengesan anomali dan serangan siber dengan lebih cepat serta tepat. Bagi sistem pemantauan yang menggunakan algoritma pembelajaran mesin, seperti yang boleh mengesan arah aliran serangan yang ganjil dan memberitahu pada pihak berkuasa sebelum serangan yang mendatangkan lebih bahaya. Disamping itu juga, dalam kerjasama antara awam serta swasta ianya untuk menyediakan penyelesaian keselamatan siber yang lebih baik serta di Singapura juga menggalakkan Kerjasama antara sektor awam serta komersial.
ii) Negara Malaysia :
Selain itu, untuk meningkatkan keselamatan siber dalam IR 4.0, di negara Malaysia juga telah menggunakan langkah proaktif menggunakan AI, melalui CyberSecurity Malaysia kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk melindungi data sensitif dan infrastruktur yang penting. Negara Malaysia telah menciptakan pelan keselamatan siber pelbagai rupa yang merangkumi pengesanan ancaman, tindak balas insiden dan kawalan akses. Pendekatan ini lebih penting dalam penggunaan industri revolusi kerana penggunaan teknologi yang semakin meningkat dan juga dalam sistem fizikal siber rangkaian. Dalam pada itu, negara Malaysia menggunakan teknologi AI untuk menganalisiskan data dan mengenal pasti ancaman siber, dengan itu menggunakan sistem keselamatan yang tepat ianya dapat belajar daripada corak serangan yang lalu dan dapat meningkatkan keupayaan untuk mengesan serangan baru. Ini membolehkan organisasi untuk bertindak balas dengan cepat terhadap ancaman yang mungkin akan timbul. Kerajaan Malaysia juga menekankan pentingnya pendidikan dan kesedaran tentang keselematan siber, sebagai contoh mengadakan program-program latihan dan seminar diadakan untuk mendidik pekerja dan pengurusan tentang risiko keselamatan siber dan cara untul melindungi sistem didalam organisasi tertentu. Ini adalah langkah penting dalam memastikan bahawa semua pihak terlibat dalam usaha keselamatan siber.
5) CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR-SEKTOR DI MALAYSIA
i) Sektor Swasta : Terdapat banyak peranti dan sistem dalam industri perindustrian yang kini dalam talian ianya meningkatkan kerentanan mereka terhadap pencerobohan terbabit. Oleh kerana itu, ianya melibatkan permukaan serangan yang lebih besar dan juga terdapat lebih banyak kelemahan bagi dimanfaatkan oleh penyerang. Antara sebagai contohnya, serangan perisian tebusan tersebut yang menyasarkan sistem pengeluaran berpotensi yang menyebabkan kerugian kewangan yang besar serta gangguan operasi yang besar. Selain itu, antara masalah yang penting yang melibatkan kekurangan pengetahuan dan latihan keselamatan siber di kalangan kakitangan. Banyak perniagaan yang tidak membelanjakan wang yang mencukupi untuk program latihan yang menjamin ahli kakitangan sedar tentang bahaya dan cara melindungi data serta sistem mereka.
ii) Sektor Kerajaan : Bagi Pekerja pula, mungkin tidak dapat mengenali ancaman siber tersebut atau mengambil langkah yang berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi syarikat mereka tanpa latihan yang betul. Dari segi peraturan dan pemantuhan yang berkaitan keselamatan siber kebiasaanya ianya tidak seiring dengan perkembangan teknologi. Disamping itu, pihak organisasi juga perlu memastikan bahawa mereka dapat mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan perlindungan data dan keselamatan siber yang boleh menjadi terperinci serta intensif sumber. Bagi peraturan keselamatan siber adalah penting untuk melindungi data sensitif dan memastikan kepercayaan pelanggan.
6) GAMBARAN MASA DEPAN SELEPAS INTEGRASI DALAM IR 4.0.
Melalui penggunaan teknologi hijau serta proses yang lebih berkesan industri
dapat mengurangkan pembaziran dan penggunaan sumber. Penggunaan teknologi
seperti pengeluaran yang berasaskan data dan pemantauan alam sekitar yang akan
menjadi lebih meluas. Pada masa depan selepas integrasi IR 4.0 yang akan
memerlukan tenaga kerja yang lebih terlatih dan berkemahiran tinggi dan pekerja
pula ianya akan menguasai kemahiran yang baharu yang berkaitan dengan teknologi
digital dan juga ianya menekankan bahawa sekiranya terdapat kebimbangan yang
mengenai kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan keseluruhan dalam teknologi
serta mempunyai peluang baru yang akan muncul dalam bidang teknologi dan
inovasi.
Bagi program latihan dan pembangunan kemahiran yang akan menjadi penting untuk memastikan pekerja dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut manakala melalui peningkatan keselamatan terutama keselematan siber melalui perkara tersebut ianya akan lebih banyak sistem yang saling berhubung dan keselamatan siber akan menjadi keutamaan. Organisasi perlu melabur dalam teknologi keselamatan yang canggih untuk melindungi data dan sistem mereka daripada serangan. Akhir sekali ialah, masa depan selepas integrasi IR 4.0 organisasi perlu sentiasa menyesuaikan dengan perubahan teknologi dan keperluan pasaran. Ini juga akan memerlukan budaya inovasi yang kuat dan sokongan pengurusan untuk mendorong uji kaji sera penerapan teknologi baru.

Comments
Post a Comment